Guna Bedrock, MWAPI dan MiraiAPI dalam Claude Code, VS Code, OpenCode dan Hermes Agent
Versi 2.5 · 2026-11-02Cara pasang skrip: Kaedah A (satu command, tanpa admin). Pengguna Mac / Linux tidak perlu skrip — ikut Kaedah B.
Panduan ini untuk semua pengguna: Windows, Mac dan Linux; pengguna baharu atau berpengalaman; yang menggunakan satu app atau ketiga-tiganya; dan yang melanggan satu provider atau lebih. Mulakan di bahagian 1 untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk anda.
Cara ia berfungsi
| Situasi anda | Kaedah |
|---|---|
| Windows, mahu cara paling mudah | A — Skrip PowerShell |
| Windows, tidak mahu install apa-apa | B — Edit manual |
| Mac atau Linux | B — Edit manual (skrip PowerShell untuk Windows sahaja) |
| Pasukan yang menggunakan OpenCode 2 | C — OpenCode Console |
| Provider selain mwapi / bedrock / mirai | B, kemudian rujuk bahagian 10 |
Sesuai untuk: pengguna yang kerap menukar provider atau ingin berkongsi dengan orang lain.
Sesuai untuk: pengguna yang menukar provider sekali-sekala sahaja.
Sesuai untuk: pasukan yang menggunakan OpenCode 2.
| Istilah | Maksud |
|---|---|
| Provider | Syarikat yang menyediakan akses model AI melalui internet (contoh: mwapi, bedrock, mirai). |
| API key | "Kata laluan" akaun provider anda. Dapatkan dari dashboard provider. Rahsiakan. |
| Base URL | Alamat server provider, contoh https://api.mwapi.dev. |
| Model | Nama model AI, contoh claude-opus-5-5. Nama mesti tepat seperti dalam dashboard provider. |
| Terminal | Window untuk menaip command. Windows: PowerShell atau Terminal. Mac / Linux: app Terminal. |
| JSON / YAML | Format file settings. Satu tanda koma atau ruang yang salah boleh merosakkan file — sentiasa buat backup dahulu. |
| WSL2 | Linux yang berjalan di dalam Windows. Diperlukan untuk Hermes Agent di Windows sahaja. |
| Restart | Tutup app sepenuhnya, kemudian buka semula. |
| App | File — Windows | File — Mac / Linux | Format |
|---|---|---|---|
| Claude Code | %USERPROFILE%\.claude\settings.json | ~/.claude/settings.json | JSON, blok env |
| OpenCode | %USERPROFILE%\.config\opencode\opencode.json (atau opencode.jsonc) | ~/.config/opencode/opencode.json (atau opencode.jsonc) | OpenCode 2: blok providersOpenCode 1: blok provider |
| Hermes Agent | ~/.hermes/config.yaml (dalam WSL2) | ~/.hermes/config.yaml | YAML, blok model |
| Extension | Sokongan |
|---|---|
| Claude Code | Menggunakan settings Claude Code — ikut switch-api claude ... |
| Cline | Menyimpan API key dalam VS Code sendiri; perlu ditetapkan secara manual (lihat 6D) |
| Provider | Laman web | Base URL | Claude Code | OpenCode | Hermes |
|---|---|---|---|---|---|
| MWAPI mwapi | api.mwapi.dev | https://api.mwapi.dev | AUTH_TOKEN | Ya | Ya |
| Bedrock bedrock | bedrock.com.de | https://api.bedrock.com.de | AUTH_TOKEN | Ya | Ya |
| MiraiAPI mirai | miraiapi.com | https://api.miraiapi.com | AUTH_TOKEN | Ya | Ya |
Nama kecil di bawah nama provider (mwapi, bedrock, mirai) ialah nama yang
digunakan dalam command switch-api. Cara mendapatkan API key berbeza bagi setiap provider:
sk-…)switch-api setup mwapi atau Kaedah Bsk-ant-bdr-…)switch-api setup bedrock atau Kaedah Bx-api-key atau Authorization: Bearer, kedua-duanya diterima.sk-… serta-mertaswitch-api setup mirai atau Kaedah BMR-. Halaman Usage ada tab Check key, Redeem code,
Models & pricing dan Setup guide.setup semula.ANTHROPIC_AUTH_TOKEN untuk Claude Code (dahulu panduan ini
menyebut ANTHROPIC_API_KEY), dan model default ditukar. Jika anda pernah menjalankan
switch-api claude use mirai, jalankan .\switch-api.ps1 install semula, kemudian
switch-api claude use mirai. Skrip akan membuang ANTHROPIC_API_KEY lama secara automatik.
| Provider | Opus (default) | Sonnet (default) | Haiku (default) | Model lain yang tersedia |
|---|---|---|---|---|
| mwapi | claude-opus-5-5 | claude-sonnet-5-5 | claude-haiku-4-5-20251001 | claude-opus-5 claude-sonnet-5 claude-opus-4-8 claude-opus-4-7 claude-opus-4-6 claude-sonnet-4-6 (boleh tambah [1m]) |
| bedrock | claude-opus-5-5 | claude-sonnet-5-5 | claude-haiku-5-5 | claude-fable-5-1 claude-fable-5 claude-opus-5 claude-sonnet-5 claude-opus-4-8 claude-opus-4-7 claude-opus-4-6 claude-opus-4-5 claude-sonnet-4-6 claude-haiku-4-5-20251001 |
| mirai | claude-opus-4.8 | claude-sonnet-5 | — | claude-sonnet-5.5 claude-opus-5 ccmax-claude-opus-5.5 ccmax-claude-5.5 claude-fable-5 claude-opus-4.7 claude-opus-4.6 |
Default ikut sumber rasmi setiap provider (2 Nov 2026): installer MWAPI, panduan Bedrock, dan halaman Config
MiraiAPI. Perhatikan: MiraiAPI menggunakan titik (claude-opus-4.8, claude-sonnet-5.5), bukan sempang. Bedrock: kebanyakan
model mempunyai context 1M token; claude-haiku-5-5 dan model 4.5 ke bawah 200K. Untuk Claude Code, tambah
akhiran [1m] pada nama model (contoh claude-fable-5-1[1m]) supaya Claude Code menggunakan bajet
context 1M; gateway Bedrock membuang akhiran ini dan menggunakan model yang sama.
model not found, semak senarai terkini provider dan tukar nama model (lihat Menukar nama model; untuk Hermes,
MODEL_HERMES).
Menggunakan provider selain tiga di atas? Gunakan Kaedah B dan rujuk bahagian 10.
Kesilapan paling kerap: /v1 pada base URL
Claude Code: tanpa /v1.
OpenCode dan Hermes: dengan /v1, contoh https://api.mwapi.dev/v1.
Baris terakhir dalam mana-mana objek JSON tidak boleh diakhiri dengan tanda koma. File JSON yang rosak menyebabkan app tidak dapat membaca settings langsung.
Base URL, API key dan nama model perlu ditukar bersama. Mencampurkan settings dua provider akan menyebabkan error 401
atau model not found.
Settings hanya dibaca ketika app dimulakan. Bagi Claude Code, taip /status untuk pengesahan.
Ringkasan — langkah 1 hingga 4 sekali sahaja, langkah 5 setiap kali menukar
Pilihan 1 — command (paling mudah). Buka PowerShell melalui menu Start dan paste command berikut. Ia mencipta
folder Documents\switch-api, masuk ke folder tersebut dan memuat turun skrip. Selepas itu, terus ke
Langkah 3.
New-Item -ItemType Directory -Force "$env:USERPROFILE\Documents\switch-api" | Out-Null; cd "$env:USERPROFILE\Documents\switch-api"; [Net.ServicePointManager]::SecurityProtocol = 'Tls12'; irm https://panduanapiclaude.pages.dev/switch-api.ps1 -OutFile switch-api.ps1
Pilihan 2 — browser. Klik switch-api.ps1 dan simpan dalam satu folder,
contohnya C:\Users\<nama>\Documents\switch-api.
Buka folder tersebut dalam File Explorer, klik kanan pada ruang kosong, kemudian pilih Open in Terminal. Sebagai alternatif, buka PowerShell melalui menu Start dan taip command berikut (gantikan dengan path folder sebenar):
cd "$env:USERPROFILE\Documents\switch-api"
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\switch-api.ps1 install
Jika berjaya, mesej Dipasang: C:\Users\<nama>\AppData\Local\switch-api akan dipaparkan.
Akses Administrator tidak diperlukan.
switch-api.Untuk menyemak, taip:
switch-api list
switch-api setup mwapi switch-api setup bedrock switch-api setup mirai
Paste API key apabila diminta (klik kanan untuk paste), kemudian tekan Enter. API key tidak akan dipaparkan
di skrin; ini adalah normal. API key yang sama digunakan oleh semua app.
API key disimpan dalam %USERPROFILE%\.switch-api\providers\<nama>.conf.
Format: switch-api <app> use <provider>. Setiap app boleh menggunakan provider yang berbeza.
switch-api claude use mwapi switch-api opencode use bedrock switch-api hermes use mwapi
opencode --version) dan menulis format yang sesuai:
providers untuk OpenCode 2, provider untuk OpenCode 1. Untuk memaksa format tertentu
(contohnya jika opencode tiada dalam PATH):
$env:SWITCH_API_OPENCODE_FORMAT = "v2" (atau "v1").~/.hermes
dalam WSL secara automatik.Format lama switch-api use mwapi (tanpa nama app) masih berfungsi dan bermaksud Claude Code.
claude, kemudian buka semula.opencode, kemudian buka semula. OpenCode 2: skrip menjalankan opencode reload secara automatik, kerana OpenCode 2 berjalan sebagai background service dan menutup app sahaja tidak memuat semula config. Jika gagal: opencode service restart. Taip /models untuk melihat provider.hermes (dalam WSL), kemudian buka semula.switch-api list # senarai provider, status API key dan settings aktif semua app switch-api current # settings aktif semua app switch-api <app> current # settings aktif satu app switch-api <app> off # buang settings switch-api daripada app tersebut switch-api # paparan bantuan
<file>.bak.<nama>.<tarikh>).ANTHROPIC_* dalam blok env.(switch-api). Provider yang anda tambah sendiri tidak diubah.
Jika file ialah opencode.jsonc, komen di dalamnya tidak dikekalkan (salinan asal ada dalam backup).model: dengan blok bertanda # >>> switch-api.
Blok asal anda dijadikan komen dan dipulihkan semasa off.statusLine, plugin, theme, MCP, profiles) tidak diubah.notepad "$env:USERPROFILE\.switch-api\providers\mirai.conf"
Buang tanda # di hadapan baris yang berkaitan, tukar nama model, kemudian simpan.
Seterusnya jalankan semula command use bagi app tersebut.
| Baris | Digunakan oleh |
|---|---|
| MODEL_OPUS=... | Claude Code, OpenCode |
| MODEL_SONNET=... | Claude Code, OpenCode |
| MODEL_HAIKU=... | Claude Code, OpenCode |
| MODEL_HERMES=... | Hermes Agent |
switch-api uninstall
Command switch-api dan entri PATH akan dibuang. Anda kemudian akan ditanya dua soalan
(jawapan default ialah Tidak; tekan Enter untuk melangkau): sama ada hendak membuang settings switch-api daripada
semua app (sama seperti off), dan sama ada hendak memadam semua API key.
File backup *.bak.* tidak akan diubah.
Aliran edit manual (sama untuk setiap app)
Contoh command di bawah ditulis untuk PowerShell (Windows). Dalam Terminal Mac / Linux, gunakan padanan berikut:
| Tindakan | Windows (PowerShell) | Mac / Linux (Terminal) |
|---|---|---|
| Folder home | $env:USERPROFILE\ | ~/ |
| Backup | Copy-Item "<file>" "<file>.bak" | cp <file> <file>.bak |
| Buka editor | notepad "<file>" | nano <file> (Mac: open -e <file>) |
| Semak JSON | ... | ConvertFrom-Json | python3 -m json.tool <file> |
| Pulih backup | Copy-Item "<file>.bak" "<file>" | cp <file>.bak <file> |
Contoh Mac / Linux untuk Claude Code:
cp ~/.claude/settings.json ~/.claude/settings.json.bak nano ~/.claude/settings.json
Dalam nano: simpan dengan Ctrl+O, Enter; keluar dengan Ctrl+X. Kandungan JSON / YAML yang perlu ditulis adalah sama untuk semua sistem operasi.
Copy-Item "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json" "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json.bak" notepad "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json"
Jika Notepad bertanya sama ada hendak mencipta file baharu, pilih Yes.
(a) File kosong atau baharu — paste kandungan berikut (gantikan API key):
{
"env": {
"ANTHROPIC_BASE_URL": "https://api.mwapi.dev",
"ANTHROPIC_AUTH_TOKEN": "<api-key-mwapi>",
"ANTHROPIC_DEFAULT_OPUS_MODEL": "claude-opus-5-5",
"ANTHROPIC_DEFAULT_SONNET_MODEL": "claude-sonnet-5-5"
}
}
(b) File sudah mempunyai kandungan tetapi tiada "env" — tambah blok "env" selepas tanda
{ yang pertama, dan letakkan tanda koma selepas } penutup blok "env"
kerana terdapat settings lain di bawahnya:
{
"env": {
"ANTHROPIC_BASE_URL": "https://api.mwapi.dev",
"ANTHROPIC_AUTH_TOKEN": "<api-key-mwapi>",
"ANTHROPIC_DEFAULT_OPUS_MODEL": "claude-opus-5-5",
"ANTHROPIC_DEFAULT_SONNET_MODEL": "claude-sonnet-5-5"
}, <-- tanda koma ini wajib
"theme": "dark"
}
(c) Blok "env" sudah wujud — tukar baris ANTHROPIC_* sahaja. Contoh lain:
// bedrock "ANTHROPIC_BASE_URL": "https://api.bedrock.com.de", "ANTHROPIC_AUTH_TOKEN": "<api-key-bedrock>", // mirai (model: claude-opus-4.8 / claude-sonnet-5) "ANTHROPIC_BASE_URL": "https://api.miraiapi.com", "ANTHROPIC_AUTH_TOKEN": "<api-key-mirai>",
Buang ANTHROPIC_API_KEY jika ada — jangan letak dua-dua pemboleh ubah auth serentak.
Simpan file: Ctrl+S.
Get-Content "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json" -Raw | ConvertFrom-Json
Jika senarai settings dipaparkan, file adalah valid. Jika error merah dipaparkan, terdapat kesilapan (biasanya tanda koma). Betulkan kesilapan tersebut, atau pulihkan backup:
Copy-Item "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json.bak" "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json"
Untuk kembali ke claude.ai, buang semua baris ANTHROPIC_* daripada blok "env".
Jika blok tersebut menjadi kosong, buang keseluruhan blok.
Copy-Item "$env:USERPROFILE\.config\opencode\opencode.json" "$env:USERPROFILE\.config\opencode\opencode.json.bak" notepad "$env:USERPROFILE\.config\opencode\opencode.json"
Jika anda menggunakan opencode.jsonc, gantikan nama file di atas.
Semak versi dahulu: opencode --version
OpenCode 2 (versi 2.x) — blok "providers". Contoh untuk mwapi (gantikan API key):
{
"$schema": "https://opencode.ai/config.json",
"providers": {
"mwapi": {
"name": "mwapi",
"package": "@opencode/ai/providers/anthropic-compatible",
"settings": {
"baseURL": "https://api.mwapi.dev/v1",
"apiKey": "<api-key-mwapi>"
},
"headers": {
"Authorization": "Bearer <api-key-mwapi>"
},
"models": {
"claude-opus-5-5": { "name": "claude-opus-5-5" },
"claude-sonnet-5-5": { "name": "claude-sonnet-5-5" }
}
}
},
"model": "mwapi/claude-opus-5-5"
}
Blok "headers" diperlukan untuk mwapi dan bedrock sahaja.
"package" kepada "@opencode/ai/providers/openai-compatible" (OpenCode 1:
"npm": "@ai-sdk/openai-compatible"), baseURL https://api.miraiapi.com/v1, dan
buang blok "headers".OpenCode 1 (versi 1.x) — blok "provider". Contoh untuk mwapi (gantikan API key):
{
"$schema": "https://opencode.ai/config.json",
"provider": {
"mwapi": {
"npm": "@ai-sdk/anthropic",
"name": "mwapi",
"options": {
"baseURL": "https://api.mwapi.dev/v1",
"apiKey": "<api-key-mwapi>"
},
"models": {
"claude-opus-5-5": { "name": "claude-opus-5-5" },
"claude-sonnet-5-5": { "name": "claude-sonnet-5-5" }
}
}
},
"model": "mwapi/claude-opus-5-5"
}
Untuk provider lain, tambah blok yang sama dalam "providers" (OpenCode 2) atau "provider"
(OpenCode 1), dipisahkan dengan tanda koma, dan tukar
baseURL: bedrock https://api.bedrock.com.de/v1, mirai https://api.miraiapi.com/v1.
Simpan file: Ctrl+S.
Untuk opencode.json sahaja; ConvertFrom-Json tidak menerima komen .jsonc.
Get-Content "$env:USERPROFILE\.config\opencode\opencode.json" -Raw | ConvertFrom-Json
Windows: semua langkah di bawah dijalankan dalam WSL. Mac / Linux: jalankan terus dalam Terminal.
Cara paling mudah: jalankan hermes model dan pilih Custom endpoint. Masukkan base URL,
API key dan nama model. Atau edit file secara manual:
cp ~/.hermes/config.yaml ~/.hermes/config.yaml.bak nano ~/.hermes/config.yaml
Gantikan blok model: dengan (gantikan API key):
model: provider: custom default: "claude-opus-5-5" base_url: "https://api.mwapi.dev/v1" api_key: "<api-key-mwapi>" api_mode: chat_completions
Untuk bedrock, tukar base_url kepada https://api.bedrock.com.de/v1.
MiraiAPI — format rasmi daripada halaman Config MiraiAPI (base URL tanpa /v1, key dalam
~/.hermes/.env):
# ~/.hermes/config.yaml model: provider: custom base_url: "https://api.miraiapi.com" model: "claude-opus-4.8" # ~/.hermes/.env OPENAI_API_KEY=<api-key-mirai>
model: dibenarkan dalam file. Indentasi mesti menggunakan ruang (space), bukan tab.Extension Claude Code: tiada tindakan tambahan diperlukan. Extension ini membaca file settings yang sama dengan Claude Code CLI. Selepas menukar provider, jalankan Ctrl+Shift+P (Mac: Cmd+Shift+P) → Developer: Reload Window.
claudeCode.environmentVariables, nilai di situ boleh
mengatasi settings.json. Buang ANTHROPIC_* daripadanya.Extension Cline:
/v1, contohnya https://api.mwapi.dev/v1claude-sonnet-4-6Tetapan ini mengikut panduan rasmi MWAPI dan Bedrock untuk Cline (dan Roo Code). Panduan Bedrock juga
menunjukkan pilihan kedua: API Provider: Anthropic dengan base URL https://api.bedrock.com.de/v1.
OpenCode Console ialah servis pilihan di website OpenCode. Anda mendaftarkan custom provider di website, dan OpenCode 2 mengambilnya melalui /connect. Kaedah ini tidak wajib; Kaedah A dan B masih berfungsi untuk OpenCode 2 tanpa akaun Console.
Bil: provider yang mengecaj token. Console tidak menolak kredit untuk custom provider, tetapi tetap merekod penggunaannya.
Buka opencode.ai dan log masuk ke Console. Setiap akaun mendapat workspace Personal secara automatik.
Buka bahagian Providers, klik Add Custom Provider, dan isi:
| Field | mwapi / bedrock | mirai |
|---|---|---|
| Base URL | https://api.mwapi.dev/v1 https://api.bedrock.com.de/v1 | https://api.miraiapi.com/v1 |
| Format | Anthropic Compatible | Chat Completions |
| Auth mode | Bearer | Bearer |
| Credential | API key provider | API key provider |
Base URL mesti dengan /v1 (sama seperti config OpenCode).
Buka provider tersebut, klik Add Model, dan isi Display name dan Model ID dengan nama model
daripada jadual Nama model (contoh mwapi: claude-opus-5-5, claude-sonnet-5-5).
Ulang untuk setiap model. Pastikan toggle Enabled bagi setiap model dihidupkan.
Dalam OpenCode, taip /connect dan pilih workspace anda. Kemudian taip /models. Provider dipaparkan sebagai <nama workspace> / <nama provider>.
Langkah di atas berdasarkan dokumentasi OpenCode (opencode.ai/v2/docs/console/providers). Paparan website mungkin berubah.
| Mesej | Penyelesaian |
|---|---|
| switch-api is not recognized | Skrip belum di-install (Kaedah A, langkah 3), atau window PowerShell baharu belum dibuka selepas install (langkah 4). |
| running scripts is disabled on this system | Jangan jalankan .\switch-api.ps1 secara terus. Gunakan command penuh:
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\switch-api.ps1 install |
| The argument '.\switch-api.ps1' ... does not exist | PowerShell tidak berada dalam folder yang betul. Ulang langkah 2. |
| ralat: fail tetapan tidak dijumpai (semasa off / current) |
File settings app tersebut belum wujud, bermakna tiada settings yang aktif. Tiada tindakan diperlukan
(command use akan mencipta file tersebut). |
| ralat: settings.json tidak sah ralat: opencode.json tidak sah |
File JSON rosak (biasanya disebabkan tanda koma). Senaraikan file backup, contohnya
Get-ChildItem "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json.bak*", kemudian
Copy-Item "<file-backup-terkini>" "$env:USERPROFILE\.claude\settings.json" |
| ralat: fail key belum ada TOKEN kosong |
Jalankan switch-api setup <nama> |
| ralat: folder Hermes tidak dijumpai | Hermes belum dipasang dalam WSL2, atau WSL tidak dipasang. Pasang Hermes dalam WSL terlebih dahulu.
Jika Hermes berada di lokasi lain, tetapkan environment variable HERMES_HOME. |
| OpenCode 2: provider tiada / Model unavailable | Pastikan format sepadan dengan versi (opencode --version). Jalankan semula dengan format dipaksa:
$env:SWITCH_API_OPENCODE_FORMAT = "v2", kemudian switch-api opencode use <provider>.
Semak dengan switch-api opencode current. |
| ralat: provider '...' dalam opencode.json bukan dari switch-api | Anda sudah menambah provider dengan nama yang sama secara manual. Buang entry tersebut, atau teruskan secara manual. |
| 401 / authentication / invalid api key | API key salah atau telah tamat tempoh. Ulang switch-api setup <nama>, kemudian jalankan semula
command use. Pastikan hanya ANTHROPIC_AUTH_TOKEN ditetapkan (buang ANTHROPIC_API_KEY lama). |
| 403 / Insufficient balance / Out of tokens | Baki kredit provider telah habis. Tambah kredit, atau tukar kepada provider lain buat sementara waktu:
switch-api <app> use <provider-lain> |
| model not found | Nama model tidak valid bagi provider tersebut. Semak dashboard provider dan betulkan
(rujuk Menukar nama model). Untuk Hermes, gunakan MODEL_HERMES. |
| App masih menggunakan provider lama | App belum di-restart — tutup sepenuhnya, kemudian buka semula. Bagi Claude Code, pastikan juga tiada environment
variable Windows yang mengatasi settings: Get-ChildItem env:ANTHROPIC*. Jika ada, buang melalui
Start → Edit environment variables for your account. Mac / Linux: semak dengan
env | grep ANTHROPIC; jika ada, buang baris export ANTHROPIC_... daripada
~/.zshrc atau ~/.bashrc, kemudian buka Terminal baharu. |
%USERPROFILE%\.switch-api\providers\*.conf%USERPROFILE%\.claude\settings.json — Mac / Linux: ~/.claude/settings.json%USERPROFILE%\.config\opencode\opencode.json (atau .jsonc) — Mac / Linux: ~/.config/opencode/opencode.json~/.hermes/config.yaml (Windows: dalam WSL)*.bak*.gitignore jika folder tersebut berada dalam repository.switch-api.ps1 itu sendiri selamat untuk dikongsi kerana ia hanya mengandungi URL awam dan nama model, tanpa API key.| Semakan | Sebab |
|---|---|
| Format endpoint yang disediakan | Claude Code: format Anthropic (/v1/messages). OpenCode: Anthropic atau OpenAI.
Hermes: OpenAI Chat Completions (/v1/chat/completions) atau Anthropic. |
| Adakah ia menyokong tool use dan streaming? | Tanpa sokongan ini, app tidak dapat edit file atau menjalankan command |
| Adakah provider boleh dipercayai? | Semua data anda akan melalui server mereka |
| Adakah nama model tepat? | Nama yang salah akan menyebabkan error model not found. Salin nama terus dari dashboard provider. |
Ikut contoh mwapi dalam bahagian 6, dan tukar tiga perkara:
/v1; OpenCode dan Hermes
dengan /v1.| Dokumentasi provider menyebut | Claude Code guna |
|---|---|
| Bearer token | ANTHROPIC_AUTH_TOKEN |
| x-api-key / API key | ANTHROPIC_API_KEY |
Jika tidak pasti, cuba ANTHROPIC_AUTH_TOKEN dahulu. Jika mendapat error 401, tukar kepada
ANTHROPIC_API_KEY. Untuk OpenCode, blok "headers" (Bearer) hanya diperlukan jika provider
menggunakan Bearer token.
CLAUDE_CODE_USE_BEDROCK.